Ringkasan Aktiviti
Aktiviti berkumpulan untuk minggu ini berkonsepkan Blue-Ocean di mana setiap kumpulan perlu mereka produk yang masih lagi belum berada di pasaran semasa. Setiap kumpulan perlu mempersembahkan produk tersebut dengan membuat lakonan pengenalan serta cara - cara untuk mempromosikan produk.Kumpulan kami telah mencipta tongkat serba guna yang dipanggil 'Smart Tongkat'. Replika Smart Tongkat dihasilkan daripada bahan - bahan terbuang seperti sebatang kayu, kertas warna, tombol pintu, botol air dan pelekat. Kelebihan Smart Tongkat ialah ia membantu orang kurang upaya seperti buta. Ini adalah dengan memberi sistem amaran kepada pengguna untuk lebih berhati-hati jika terdapat bahaya berdekatan pengguna.
Gambar Aktiviti
Video Aktiviti
Kesimpulan
Dengan aktiviti Blue Ocean Strategy, kami dapat pelajari bahawa untuk merebut peluang di dalam pasaran Blue Ocean, yakni pasaran besar, usahawan perlu mendapatkan @ menghasilkan sesuatu produk yang unik dan masih lagi tiada dalam pasaran. Dengan ciri - ciri produk yang unik, ia mampu menarik pembeli lantas peluang perniagaan akan lebih cerah.